Friday, January 14, 2011

tak kuduga

Melihat wanita-wanita yang menangis dikecewakan,aku turut merasainya.Juga melihat mereka bernama adam membuatkan aku terdiam.Terkedu.Lelaki,mereka menangis...ah...sungguh membuatkan hatiku turut simpati pada mereka.Pada mereka yang suka mengecewakan,tak kiralah kamu itu laki atau perempuan,hentikanlah perbuatan kamu itu.Mungkin sekarang kamu tak nampak kesannya,tapi manalah kita tahu esok lusa kita akan dikecewakan.Nah,kala itu barulah padan muka kita...saat dunia ketawakan kita,barulah kita tahu langit itu tinggi ke rendah.


Sebab itu,aku sudah membajai hatiku ketidak mahuan untuk bercinta.Aku tak mahu peduli lagi siapa Adam yang bakal membuatkan hatiku tersangkut padanya.Biarlah jodoh itu datang dengan sendiri.Sebab aku serik.Ada kalanya aku takut untuk mendepani hakikat dikecewakan lagi.Walaupun sebenarnya seumur hidup belum pernah lagi aku bercouple...